Resepi Ayam Paprik

Resepi Ayam Paprik Yang Mudah Dimasak

Kali ini saya akan berkongsi satu resepi juadah yang selalu dikaitkan dengan negara Thailand selain Tom Yam iaitu resepi ayam paprik. Kenapa ayam??? Entahlah saya pun tak tahu jugak – mungkin orang kita suka sangat resepi ayam. Tapi rasanya anda boleh je kalau nak bereksperimen tukar dengan benda lain, cuma kebiasaaanya memang ayam je la yang dibuat paprik ni. Apa jenis pun resepi yang datang dari Thailand ni, biasanya memang agak pedas sedikit termasuklah paprik ayam ni. Jadi, kalau anda jenis yang tak suka pedas, kurangkan saja sedikit jumlah cili yang digunakan dalam resepi ayam paprik ni. Sendiri yang nak makan jadi sendiri adjust la ye.

Lagi satu, kalau anda sukakan makanan Thai, saya nasihatkan simpan stok serai, daun limau purut dan daun ketumbar banyak sikit dalam peti masing-masing, sebabnya boleh dikatakan hampir semua masakan Thai pasti nak pakai 3 jenis benda alah ni termasuklah resepi ayam paprik kita hari ni. Cara penyedian ayam paprik ini memang sangat mudah, sebab tu kalau kita makan di kedai makan Thailand (kedai masakan panas), sekejap je dia buat sekali dengan Tomyam bagai. Jadi pada mereka yang nak juadah cepat dan sedap, bolehlah cuba resepi ayam paprik ini. Selamat mencuba!!!

Resepi Ayam Paprik

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 4 keping isi ayam (boleh beli isi ayam frozen ataupun beli dada ayam ) – dipotong dadu/dihiris kecil
  • 3 ulas bawang putih – dihiris atau ditumbuk
  • 4 biji bawang merah (bawang kecil) – dihiris atau ditumbuk
  • 1 inci halia – dihiris halus
  • 2 labu bawang besar – dipotong gegelang
  • 5 – 6 biji cili padi merah – dititik
  • 2 batang serai – dititik
  • ½ biji cili benggala (boleh pilih hijau/merah/kuning atau campur ketiga-tiga sekali)
  • 5 – 6 helai daun limau purut – dicarik-cari atau dihiris nipis
  • 3 sudu makan cili kering kisar
  • 2 sudu makan sos cili thai
  • 2 sudu makan sos tomato
  • 2 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu makan sos ikan/sotong
  • Sedikit kicap manis
  • Gula kabung (kalau taka da,gula biasa pun boleh)
  • garam secukup rasa
  • Sedikit air
  • Minyak masak untuk menggoreng ayam

Sayur-sayuran:

  • 5 batang kacang buncis @ kacang panjang (Dihiris halus)
  • Bunga kobis (Dipotong sedang)
  • putik jagung (Dihiris sedang)
  • lobak merah (Dipotong dadu)
  • Kacang hijau dalam tin

*Kalau nak mudah biasanya saya beli sayur campuran frozen dalam peket. Dalam tu semua sayuran kat atas ni dah ada.

Cara memasak:

  1. Gaul hirisan ayam bersama serbuk kunyit dan sos ikan/sotong sehingga sebati.
  2. Panaskan minyak di dalam kuali. Goreng hirisan ayam separuh masak.Jangan sampai garing. Tos dan asingkan.
  3. Tinggalkan sedikit minyak gorengan ayam di dalam kuali tadi. Kemudian gunakan untuk menumis bawang merah, bawang putih, dan halia hingga naik bau.
  4. Masukkan cili kisar dan tumis hingga keluar minyak/pecah minyak. Selepas itu, masukkan sos cili thai, sos tomato, sos tiram, sos ikan/sotong, dan kicap manis.
  5. Tuangkan air secukupnya (untuk kuah). Masukkan serai, daun limau purut dan cili pagi. Biar mereneh di atas dapur. Perasakan dengan gula perang dan garam. Kacau rata.
  6. Setelah sedikit kering dan rasa dah cukup, baru masukkan ayam ytang telah digoreng tadi.
  7. Akhir sekali masukkan bawang besar, cili benggala, dan sayur-sayuran. Tambahkan sedikit air sekiranya kuah pekat (bergantung kepada citarasa masing-masing).
  8. Masak sehingga kuah mendidih dan bolehlah ditutup api.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *