Resepi Ikan Bakar

Resepi Ikan bakar yang mudah dan ringkas

Pada artikel kali ini saya akan kongsikan pula resepi ikan bakar yang sangat sedap. Ikan bakar ni biasanya ada dua cara penyediannya. Pertama, ikan bakar yang dibakar kosong dan dimakan bersama air asam ataupun dicicah sambal kicap. Cara kedua, ikan akan dibakar bersama dengan pes sambal yang dimasak terlebih dahulu. Ada orang yang suka makan ikan bakar kosong bersama air asam dan ada juga yang sukakan rasa pes sambal yang lebih ketara. Kalau di restoran-restoran ikan bakar ala Thai, biasanya mereka akan buat ikan bakar yang bersambal.

Tapi, masalahnya ikan bakar mereka selalu jadi agak kering dan kurang juicy kerana dibakar secara terus di atas api ataupun bara. Untuk mengelakkan ikan bakar kita jadi kering, anda boleh gunakan aluminium foil untuk memerangkap jus-jus ikan tadi supaya tidak terkeluar dan tersejat. Cara ni, cuma sesuai untuk ikan bakar yang bersambal sahaja macam resepi ikan bakar yang saya akan kongsikan dengan anda ini. Nak bagi lebih flavor, saya biasanya akan balut ikan yang nak dibakar tu dengan daun kunyit. Percayalah saya cakap, aroma daun kunyit tu mesti akan menambahkan selera anda. Kalau yang nak bakar kosong pun boleh cuba balut ikan yang anda nak bakar tu dengan daun kunyit. Rasanya memang akan lebih sedap berbanding anda bakar kosong.

Ada sesetegah orang suka gunakan daun pisang untuk membalut ikan sebelum dibakar. Pun boleh jugak, tapi aroma daun pisang ni tidak sekuat aroma yang dikeluarkan oleh daun kunyit. Apa-apa pun terpulanglah kepada citarasa masing-masing yang penting anda kena cuba resepi ikan bakar saya ni. Selamat mencuba!!!!

Resepi Ikan Bakar

Bahan Kisar A

  • Cili Kering
  • Sedikit Udang Kering
  • Sedikit Belacan
  • 5 ulas bawang Besar
  • 5 ulas bawang Kecil
  • 1 labu bawang Putih
  • ½ inci Halia
  • ½ inci Kunyit hidup
  • ½ inci Lengkuas
  • 5 batang Serai
  • 5 biji Cili Api

Bahan-bahan lain:

  • Seekor ikan (Boleh guna ikan siakap, jenahak, merah, bawal ataupun pari)
  • Sedikit Gula
  • Sedikit Garam
  • ½ kiub ikan bilis
  • 3 sudu gula kabung
  • Daun Limau Purut
  • Air Secukupnya
  • Minyak Secukupnya
  • Daun Kunyit (Untuk membalut ikan)
  • Aluminium foil

Cara – cara masak pes sambal:

  1. Basuh ikan bersih dan kelar badannya. Jangan potong ikan, biarkan dimasak seekor-seekor.
  2. Kisar semua bahan kisar A sehingga betul-betul hancur.
  3. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar A sehingga keluar minyak.
  4. Masukkan sedikit air. Kacau perlahan-lahan sehingga sebati.
  5. Kemudian, masukkan gula, garam, gula kabung dan kiub ikan bilis.
  6. Masukkan daun limau purut yang telah diracik-racik
  7. Kacau sehingga naik minyak sekali lagi.
  8. Kalau sudah cukup perasa semua, boleh lah ditutup api

Cara-cara memanggang ikan:

  1. Potong aluminium foil secukupnya (cukup untuk membalut ikan).
  2. Letakkan aluminium foil di atas dulang. Lampirkan daun kunyit memanjang.
  3. Masukkan sedikit pes di atas daun kunyit.
  4. Letak ikan diatas pes. Sapu lagi pes di atas ikan.
  5. Boleh sesuaikan kadar pes mengikut kehendak masing-masing.
  6. Kemudian balut ikan dengan aluminium foil tadi sehingga betul-betul kedap dan tidak bocor.
  7. Setelah selesai, panggang ikan dalam aluminium foil di atas pemanggan selama 10 minit sebelah.
  8. Siap dan boleh dihidangkan.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *