Resepi Jagung Rebus Susu

Resepi Jagung Rebus Susu Yang Manis Power

Asyik kita buat masakan yang berat-berat je kan, jadi kali ini saya ingat nak ubah sedikit angin untuk berkongsi resepi pencuci mulut yang manis-manis berkrim. Sebenarnya resepi jagung rebus susu yang akan saya kongsikan pada kali ini adalah sebagai pilihan alternatif kepada jagung dalam cawan yang biasa kita beli di kiosk-kiosk dalam pasaraya tu. Bukan apa, dulu masa remaja, saya pernah bekerja sebagai penjual jagung dalam cawan di sebuah kiosk dalam sebuah taman tema.

Pada awalnya memang saya tidak nampak apa-apa isu dengan jagung dalam cawan yang saya jual tu. Tapi lama kelamaan saya mula perasan antara bahan-bahan yang digunakan tu banyak yang kurang elok untuk kesihatan kita. Jagung yang digunakan pun adalah jagung sejukbeku yang dah bertahun duduk dalam peti beku. Itu belum kira lagi bahan pengawet dan bahan perasa yang digunakan. Memang sampai sekarang saya dah tak makan jagung dalam cawan yang dijual di kiosk-kiosk. Walaubagaimanapun, saya memang suka makan jagung dalam cawan tu. Disebabkan keinginan yang membuak-buak tu, maka saya pun carilah alternatif untuk membuat resepi jagung yang hampir sama macam jagung dalam cawan yang biasa dijual di luar sana.

Godek punya godek, akhirnya berjaya juga saya buat resepi ni. Memang sangat mudah dan sedap. Tapi apa yang lebih penting adalah penggunaan bahan-bahan yang selamat dan dijamin kesegarannya. Jagung tu boleh je kita cari yang segar di pasar-pasar. Kalau nak tanam sendiri pun tak jadi masalah sebab penjagaan tanaman jagung ni tidaklah rumit sangat. Itu pun kalau rajinlah…Untuk menambahkan lagi tahap keselamatan resepi jagung rebus susu ni, anda boleh juga gantikan bahan seperti susu sejat tu dengan susu segar. Kemudian gantikan susu pekat tu dengan madu ataupun mana-mana bahan pemanis alternatif yang kurang memudaratkan kesihatan anda. Selamat Mencuba ya!!!!

Resepi Jagung

Bahan-bahan:

  • Jagung 5 batang – Dipotong sedang
  • 5 sudu susu pekat
  • 1 tin susu sejat
  • 2 sudu butter/margerin
  • Air untuk merebus

Cara-cara memasak:

  1. Masukkan air kedalam periuk dan rebuskan jagung yang sudah dipotong tadi
  2. Setelah jagung masak kekuning-kuningan,Keluarkan jagung dan toskan air sehingga kering
  3. Buang sedikit air rebusan jagung tadi,masukkan susu pekat, susu sejat dan butter.
  4. Kacau perlahan-lahan sehingga campuran tadi sebati.
  5. Setelah sebati, masukkan jagung yang telah direbus tadi.
  6. Masukkan sedikit garam untuk mendapatkan rasa masin berlemak.
  7. Setalah berpuas hati dengan rasa, boleh tutup api dan sedia untuk dihidangkan.

Nota kaki:

Kepada yang tak suka menggigit batang jagung tu, boleh lah anda hiris dan keluarkan isi jagung tu supaya lebih mudah untuk dimakan.Resepi ini juga sesuai untuk digantikan dengan bahan utama lain selain jagung.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *