Resepi Kek Batik

Resepi Kek Batik Yang Paling Ringkas Dibuat

Kali ini kita kembali semula kepada resepi yang manis dan comel. Walaupun saya tak suka, tetapi saya tetap kena buat juga sebab orang lain suka makan benda yang manis dan comel ni. Cuma saya agak keliru sikit dengan nama yang diberi kepada resepi yang saya nak kongsikan dengan anda ni. Namanya resepi kek batik tetapi datang mana batiknya benda alah ni??? Puas juga saya fikir. Kalau panggil kek lapis ataupun kek biskut, logik la jugak walaupun dah ada nama kek lapis tapi nama kek batik memang tak masuk akal. Apa yang saya rasa menarik tentang kek batik ni adalah kreativiti yang ada dalam penciptaan resepi kek batik itu. Anda perhatikan sendiri, kebanyakan bahan-bahan yang digunakan untuk membuat kek batik adalah merupakan bahan-bahan yang sangat biasa ada di rumah setiap orang.

Antaranya biskut marie, biskut oreo, susu pekat dan juga Milo. Bahan-bahannya pula memang sangat mudah didapati dan tidak merumitkan berbanding kalau kita nak buat kek biasa yang lain. Lagi satu yang nampak mudahnya resepi kek lapis ni adalah ianya tidak perlukan ketuhar. Jadi saya rasa kepada yang baru mula nak berjinak-jinak dengan benda-benda manis ni, eloklah anda mulakan dulu dengan kek lapis ni. Selamat mencuba!

Resepi Kek Batik

Bahan-Bahan:

  • Biskut Marie – 1 paket
  • Marjerin / mentega – 1 buku
  • Serbuk Milo – 2 cawan
  • Serbuk koko – 2 sudu besar
  • Susu pekat manis – separuh tin kecil

Cara-Cara Penyediaan:

  1. Sediakan loyang dan alaskannya menggunakan plastik terlebih dahulu. Pastikan plastik yang disediakan adalah bersaiz besar berbanding loyang, sebabnya nanti kalau kek dah siap senang sikit nak keluarkan daripada loyang.
  2. Potong biskut Marie kepada beberapa bahagian kecil. kalau nak mudah patah-patahkan sahaja. Kemudian letak di dalam bekas berasingan.
  3. Panaskan kuali dan masukkan margerin. Pasang api kecil untuk mencairkan margerin tadi secara perlahan-lahan. Margerin tidak boleh menggunakan api yang kuat kerana nanti cepat kering.
  4. Sebaik sahaja marjerin cair dengan sepenuhnya, masukkan susu pekat manis dan gaulkan sehingga sebati.
  5. Kemudian, masukkan serbuk Milo ke dalam kuali.Pastikan anda memasukkan serbuk Milo sedikit demi sedikit sambil mengacau adunan di dalam kuali. Ini untuk mengelakkan serbuk Milo itu berketul-ketul dan tidak larut dengan sempurna.
  6. Selapas semua serbuk Milo larut,baru masukkan pula serbuk koko dan ulang lanhkah yang sama seperti serbuk Milo tadi. Untuk mendapatkan hasil yang lebih baik, saya gunakan whisker ataupun pemukul adunan.
  7. Selepas adunan sebati, matikan api dapur dan tuangkan sedikit adunan ke dalam loyang sebagai lapisan paling bawah. Seeloknya adunan dituang semasa masih dalam keadaan panas kerana adunan akan menjadi lebih likat apabila sejuk.
  8. Selepas adunan dituang, letakkan biskut Marie yang sudah dipatahkan tadi. Buat berlapis-lapis.
  9. Ulang langkah melapis dengan biskut marie dan adunan coklat sehingga penuh loyang. Anda boleh lebihkan biskut Marie ataupun adunan coklat mengikut kehendak masing-masing.
  10. Selepas loyang anda penuh, gunakan sama ada senduk ataupun sudu untuk menekan lapisan adunan anda tadi untuk memampatkannya. Tujuannya untuk memastikan adunan coklat masuk ke setiap ruang yang di lapisi oleh biskut Marie.
  11. Sebagai tambahan,anda boleh gunakan kreativiti masing-masing untuk membuat topping bagi kek lapis ini. Ada yang gunakan biskut oreo, ada yang tambahkan cheese, ada yang letak maple syrup. Jadi terpulang kepada anda untuk ubah sendiri bahagian topping kek lapis ini.
  12. Langkah terakhir sekali selepas selesai membuat topping anda, masukkan kek lapis ke dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 4 jam. Lebih baik kalau anda sejukkan semalaman.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *