Resepi Mee Goreng Basah

Resepi Mee Goreng Basah Yang Mudah Dan Ringkas

Anda peminat mee goreng?? Mesti ramai kan yang suka makan mee goreng sebab sesuai dimakan tak kira waktu. Nak jadikan sarapan pun sesuai, nak makan petang pun boleh, makan malam lagi la boleh. Sebab ramai peminat mee goreng kat luar sana maka hari ni saya akan tunjukkan penghargaan saya kepada anda peminat-peminat mee goreng sedunia dengan berkongsi satu resepi mee goreng basah.

Mee goreng ni asasnya ada dua jenis kalau kat Malaysia ni. Ada mee goreng basah dan mee goreng mamak. Mee goreng mamak biasanya agak kering dan digoreng sekali dengan telur. Sebab tu tekstur mee goreng mamak jadi agak tebal dan macam bersalut sedikit. Manakala bagi mee goreng basah pula, ianya lebih berkuah dan rasanya juga agak pekat berbanding mee goreng mamak. Saya sendiri memang lebih gemarkan mee goreng basah sebab boleh makan dengan cili jeruk. Emmm… memang terangkat la sebab cili jeruk ni memang boleh dianggap pasangan setia bagi mee goreng basah. Kalau mee goreng mamak pula, biasanya pelengkapnya adalah sos cili. Saya kalau makan mee goreng mamak memang harus taruk sos cili banyak-banyak.

Hebatnya mee goreng ni punya penangan di kalangan rakyat Malaysia ni, sampaikan kalau anda berjalan ke pasar malam ataupun mana-mana bazaar makanan pastinya ada yang menjual mee goreng dalam kuali besar yang dimasak di hadapan anda terus. Kalau kena yang memang sedap tu, tengoklah ramai mana orang beratur nak beli mee goreng dia. Padahal, mee goreng ni bukannya susah sangat pun cara nak memasaknya. Tambah-tambah mee goreng basah, kebanyakan bahan-bahannya cuma lah sos dan kicap sahaja. Itu pun berebut orang beli kat kedai. Apa kata kali ni, kepada anda yang sebelum ni hanya tau beli mee goreng kat kedai, cuba masak sendiri di rumah berpandukan resepi mee goreng basah yang saya sediakan di bawah. Cubalah, mana tau sentuhan anda nanti ada magiknya, bolehlah berniaga di pasar malam pula kan… Selamat Mengoreng!!!

Resepi Mee Goreng Basah

Bahan-bahan:

  • 1 Bungkus Mee kuning – Dibasuh dan ditoskan airnya
  • 10 biji cili api – ditumbuk
  • 3 ulas bawang putih – ditumbuk
  • 10 ekor Sotong – dibersihkan dan dipotong bulat
  • 1 paket bebola ikan – dibersihkan dan dipotong kecil
  • 1 Ikat Sayur sawi jepun – dibersihkan dan dipotong
  • 1 biji tomato – dibersihkan dan dibelah 6
  • 4 sudu besar cili kering kisar
  • 5 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos ikan/sotong
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 5 sudu besar kicap manis
  • 2 sudu besar kicap mee
  • Air secukupnya
  • Minyak masak untuk menumis.

Cara-cara memasak:

  1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan cili kisar bersama dengancili api yang ditumbuk dan juga bawang putih yang ditumbuk tumbuk.
  2. Kacau dan masak sehingga keluar minyak.
  3. Masukkan Sos cili, sos tiram,sos ikan, kicap pekat, kicap manis dan kicap mee
  4. Kemudian baru masukkan sotong dan bebola ikan yang sudah dipotong tadi.Kalau agak kuah sedikit kering,tambah air secukupnya.
  5. Masak bahan-bahan tersebut dan kacau sehingga sebati
  6. Agak-agak dah nak masak,baru masukkan sayur sebab sayur tak boleh masak terlalu lama.Selepas itu barulah dimasukkan mee kuning dan tomato.
  7. Masak mee goreng basah ni tak pakai garam gula dan ajinomoto dah sebab rasa yang ada pada sos dan kicap tu dah cukup kuat.
  8. Akhir sekali kalau nak tabur daun sup ke atau bawang goreng boleh lah sebelum dihidangkan.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *