Resepi Nasi Goreng Tom Yam

Resepi Nasi Goreng Tom Yam Power Thailand

Kali ini saya akan kongsi satu resepi hidangan yang saya kira sangat praktikal untuk mereka yang sibuk dan kurang masa untuk memasak iaitu nasi goreng. Kenapa nasi goreng ni praktikal?? Sebabnya, dalam satu hidangan nasi goreng ni, kita dah campurkan semua antara lauk dan nasi. Jadi kalau dah buat nasi goreng ni kita tak perlu lagi buat lauk-lauk sampingan lain. Sudahlah begitu, masa nak menyediakan nasi goreng ni pun sangat singkat. Tengok macam mana tukang masak di restoran masakan panas ala Thai tu, tung tang tung tang dah siap nasi goreng anda. Kadang-kadang tu kalau tak ramai pelanggan, tak sampai 10 minit dah siap nasi goreng anda kan. Tapi nasi goreng apa yang saya nak kongsi hari  ni ya?? Disebabkan saya ni peminat masakan Thai, maka hari ni saya akan tulis resepi nasi goreng Tom Yam yang dah namanya pun nasi goreng Tom Yam, mestilah gabungan antara nasi dan Tom Yam.

Nasi goreng Tom Yam ni ada keunikan rasa yang tersendiri sebab nak kata rasanya sebiji macam rasa Tom Yam pun tak juga. Satu tips berkenaan dengan masakan yang berasaskan Tom yam ni, yang saya nak kongsi dengan anda adalah, untuk mendapatkan rasa Tom Yam yang macam dekat kedai tu, anda mesti gunakan pes Tom Yam yang asal dari Thailand. Jangan nak mengada-ngada guna kiub Tom Yam yang ada kat kedai runcit tu. Tak kiralah untuk buat Tom Yam ke ataupun nasi goreng Tom Yam. Saya cadangkan anda guna pes brand Mae Pranom yang tin warna putih ada gambar perempuan Thailand rambut kembang. Setakat ni memang pes ni la yang terbaik rasanya. Tak rugi pun beli satu tin sebab pes dia tahan lama. Baiklah, kalau dah faham tentang pes tom yam, bolehlah anda rujuk resepi nasi goreng Tom yam seperti di bawah. Selamat Mencuba!!!!

Resepi Nasi Goreng Tom Yam

Bahan-Bahan:

  • 2 cawan nasi putih (kalau nak sedap lagi boleh guna beras Thai
  • 7-8 ekor udang sederhana besar
  • 4 ekor sotong sederhana – potong bulat
  • 2 biji bawang besar – Dihiris halus
  • 2-4 biji cili padi – diketuk
  • 4 ulas bawang putih- diketuk
  • 2 batang serai – hiris halus-halus
  • 2 helai daun limau purut – dicarik atau dihiris nipis
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar pes tom yam (Saya biasa guna brand Mae pranom)
  • 2 sudu besar sos ikan/sotong thai
  • 1 sudu air limau nipis
  • Sedikit gula
  • Sedikit garam
  • Sedikit lada sulah
  • Dua sudu kacang campur. kalau tak ada, boleh potong apa jenis sayur mengikut citarasa masing-masing

Cara-Cara Memasak:

  1. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali.Masukkan bawang dan tumis sehingga naik bau.
  2. Kemudian, masukkan cili dan serai.Kacau sedikit supaya sekata…
  3. Masukkan sos tiram dan pes tom yam.Tambah sedikit air supaya pes tom yam dapat larut dalam air.Tambahkan sedikit air limau nipis.
  4. Perasakan dengan sedikit gula dan garam.masukkan sedikit sos ikan.Ingat sos ikan mempunyai rasa yang masin.Jadi pandai-pandai lah selarikan dengan garam dan gula anda.
  5. Masukkan udang dan sotong. Kacau sampai udang dan sotong masak.
  6. Bila sotong dan Udang sudah masak, masukkan kacang campur ataupun sayuran yang anda mahu.
  7. Kuat kan api sikit dan masukkan nasi. Gaul Nasi hingga sebati.Pastikan setiap butir nasi diselaputi sos yang anda buat.kalau tidak nanti rasa tidak sekata.
  8. kemudian perlahankan sedikit api dan masukkan daun limau purut dan kacau-kacau lagi supaya Nasi masak dengan cantik dan sedikit kegaringan.

Nota kaki:

Untuk mendapatkan tekstur nasi yang tidak berketul,nasi yang sudah dimasak,kaut dan simpan didalam peti sejuk semalaman.jangan gunakan nasi yang masih panas ataupun baru dimasak.Kalau tidak nanti nasi goreng anda akan bertukar jadi bebola nasi pula.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *