Resepi Nasi Lemak

Resepi Nasi Lemak Power Takle Angkat Yang Mudah

Kali ini saya akan kongsikan pula resepi nasi lemak yang boleh dianggap sebagai raja segala resepi kalau di Malaysia ni. Maksud saya raja segala resepi di sini kerana nasi lemak ni kalau dalam Malaysia semua orang makan tak kira la tua atau muda, semua jenis bangsa, tidak kira darjat dan keturunan mesti akan bedal nasi lemak kalau dapat peluang. Setakat ni saya tak pernah lagi la jumpa mana-mana manusia yang bergelar rakyat Malaysia yang tidak makan nasi lemak. Sedangkan yang tengah berdiet pun boleh jadi lebur kalau nampak nasi lemak depan mata. Betapa lakunya nasi lemak ni, kalau anda perhatikan pagi-pagi masa nak pergi kerja tu, berderet orang meniaga nasi lemak.

Kadang-kadang tu dalam satu kawasan tu sampai ada 5 gerai yang jual nasi lemak dengan resepi nasi lemak masing-masing. Siap meniaga dekat-dekat lagi, tapi nasi lemak mereka tetap habis terjual. Saya masih ingat ada seorang mak cik yang berniaga nasi lemak di kawasan tepi jalan menghala ke kilang produa Rawang. Punyalah laku nasi lemak dia sampaikan saya tak berpeluang membeli nasi lemak mak cik tu setiap pagi sebab asal saya lalu je dia dah kemas barang nak balik, padahal saya lalu baru sekitar jam 8.30 pagi. Sekali tu saya bertekad juga nak rasa nasi lemak mak cik tu, saya keluar seawal yang mungkin. Pukul 7 pagi saya dah terpacak depan kedai mak cik tu. Alangkah terkejutnya saya tengok manusia beratur macam nak ambil duit Brim. Punyalah ramai!!!… patutlah selalu tutup awal. Bila sampai je giliran saya, apa lagi saya pun temuramah la mak cik tu bertalu-talu. Maklumlah dah lama pendam kan. Dari hasil temuramah saya tu, baru lah saya tahu yang mak cik tu mula berniaga seawal jam 6.00-6.30 pagi dan dia tak pernah melepasi jam 9 pagi. Maknanya sebelum pukul 9 semua nasi lemak dia dah habis terjual. Bila saya perhatikan, sebenarnya nasi lemak mak cik tu tidak ada apa yang istimewa sangat pun. Rasanya juga pada saya biasa-biasa saja. Jadi kenapa nasi lemak mak cik tu dapat sambutan yang sangat luar biasa??

Jawapannya sebab orang Malaysia tak kira bangsa memang suka balun nasi lemak waktu pagi. Asalkan ada rasa sikit pun dah kira ok. Tak perlu sedap sangat asalkan namanya nasi lemak. Itu baru kita kira pagi, belum lagi yang jual nasi lemak waktu malam macam nasi lemak Kampung Bahru tu. Tengah malam pun orang beratur lagi. Jadi apa salahnya kalau anda pula cuba sendiri resepi nasi lemak ini untuk keluarga di rumah. Memang la agak remeh sikit penyedian nasi lemak ni tapi sekali sekala apa salahnya kan. Selamat Mencuba!!!

Resepi Nasi Lemak

Sambal Tumis Ikan Bilis

Bahan bahan:

  • 1 mangkuk ikan bilis – basuh dan tos
  • 4 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih – jangan banyak
  • ½ mangkuk cili kering kisar
  • ½ cawan air asam jawa
  • Sedikit garam
  • 3 sudu besar gula – bergantung kepada citarasa masing-masing
  • Sedikit gula Melaka – supaya rasa naik rasa lemak manis

Cara cara memasak:

  • Kisar bawang besar dan bawang putih. Panaskan minyak yang agak banyak untuk memastikan bahan tumisan masak dan garing sempurna. Bila masak, boleh diceduk keluar.
  • Tumis bahan kisar dan cili kisar sehingga cili dan bawang benar benar masak dan garing dengan api perlahan. Proses yang sangat penting untuk memastikan keenakan dan juga ketahanan sambal.
  • Setelah garing, masukkan sedikit gula dan kacau rata bertujuan untuk menjadikan warna sambal yang merah cantik.
  • Kemudian masukkan air asam jawa dan ikan bilis. Biarkan masak dengan api perlahan.
  • Akhir sekali masukkan gula selebihnya dan garam secukup rasa. Jika suka, boleh juga diletakkan bawang besar hiris. Bolehlah angkat dan dihidangkan.

Nasi Lemak

Bahan bahan:

  • Beras – basuh dan toskan airnya
  • 1 helai daun pandan – carik dan simpul
  • Sedikit garam
  • 2 inci halia – hiris nipis
  • 1 cawan santan pekat (kalau nak sedap jangan guna santan kotak)

Cara cara memasak:

  • Masak nasi dengan air secukupnya. Sukatan air bergantung kepada beras seperti memasak nasi biasa. Biasanya paras air dalam kurang 1 inci atau satu paras garisan di jari.
  • Masukkan garam dan juga daun pandan. Masukkan dalam rice cooker dan masak seperti biasa.
  • Bila mendidih dan air hampir kering, masukkan hirisan halia dan santan pekat tadi. Kacau rata. Sambung hingga nasi masaK. Siap untuk dihidangkan.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *