Resepi Overnight Oat

Resepi Overnight Oat Yang Beraneka Jenis

Bertemu kembali dan kali ini saya akan bersiaran agak berbeza sedikit kerana saya akan berkongsi resepi yang menyihatkan. Sekali sekala kena juga kita imbangkan pemakanan kita dengan resepi-resepi sebegini. Kalau asyik bedal makanan yang berlemak, manis, masin memanglah sedap tapi kesan jangka panjangnya tidak elok untuk kesihatan kita. Badan nak pakai lama oi…selagi boleh kita kawal, baik kita kawal dari awal. Jadi untuk kali ini, resepi menyihatkan yang saya maksudkan adalah resepi overnight oat.

Kepada yang tidak pernah mendengar apa itu overnight oats, biar saya ceritakan serba sedikit. Overnight oats ni adalah satu cara menyediakan makanan berasaskan oat tanpa perlu memasak. Sebaliknya, cara yang digunakan adalah dengan hanya mencampurkan sahaja oat dengan bahan-bahan tanpa masak yang lain bersama dengan bahan makanan cecair seperti susu dan biarkan di dalam peti sejuk semalaman. Jadi sebab itulah namanya ‘overnight’ yang bermaksud semalaman. Keesokan pagi, overnight oats ni akan dikeluarkan dari peti sejuk dan dijadikan sarapan pagi yang menyihatkan.

Apa bezanya overnight oats dengan yang lain??? Beza yang paling ketara adalah tekstur oat itu akan lebih padat dan lembut berbanding jika dimasak. Kalau nak diikutkan memang banyak sangat resepi overnight oats ni yang saya nak kongsi dengan anda kerana setiap satu resepi overnight oats ni sangat mudah dan cara membuatnya juga hanya perlu main campur-campur sahaja.Oleh kerana sangat mudah, jadi saya akan kongsi 3 resepi overnight oat sekaligus.

Sedikit tips yang saya nak kongsi dengan anda, kalau nak overnight oats anda lebih sedap, cuba simpan dalam bekas kaca yang ada penutup kedap udara. Rasanya dekat kedai RM2 banyak jual bekas tu. Sebelum saya terlupa, resepi overnight oats yang saya bagi ni adalah untuk hidangan setengah liter tau… memang agak banyak sebab saya khaskan kepada mereka yang nak guna banyak tenaga selepas bersenam. Kalau rasa banyak, anda pandai-pandailah bahagikan jumlah bahan yang saya senaraikan dalam resepi overnight oat ni mengikut kesesuaian anda. Selamat Mencuba!!!!

3 Jenis Resepi Overnight Oat

Overnight Oat Klasik

Bahan-bahan:

  • 1/3 cawan Greek yogurt
  • ½ cawan oats
  • 2/3 cawan susu segar (kalau tak ada pakai susu biasa pun boleh)
  • 1 sudu besar chia seeds
  • ½ sudu besar perisa vanilla
  • Sedikit garam
  • 2 sudu besar madu atau maple syrup

Cara-Cara Penyediaan:

  1. Campurkan kesemua bahan kedalam bekas dan gaul sebati
  2. Masukkan ke dalam bekas bertutup yang kedap udara.
  3. Tutup dan masukkan ke dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 4 jam sebelum di makan. Seeloknya disimpan semalaman.

Overnight oats Coklat & Peanut Butter

Bahan-Bahan:

  • 1/3 cawan Greek yogurt
  • ½ cawan oats
  • 2/3 cawan susu segar
  • ½ sudu besar perisa vanilla
  • 2 sudu besar peanut butter
  • 2 sudu besar serbuk coklat (kalau gunakan coklat bar perlu cairkan dahulu)
  • Sedikit garam
  • 2 sudu besar madu atau maple syrup

Cara-cara penyediaan:

  1. Campurkan kesemua bahan kedalam bekas dan gaul sebati
  2. Masukkan ke dalam bekas bertutup yang kedap udara.
  3. Tutup dan masukkan ke dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 4 jam sebelum di makan. Seeloknya disimpan semalaman.

Overnight oats Coklat cip & Pisang

Bahan-bahan:

  • 1/3 cawan Greek yogurt
  • ½ cawan oats
  • 2/3 cawan susu segar
  • 1 sudu besar Chia Seeds
  • ½ sudu besar perisa vanilla
  • Sedikit garam
  • 2 Sudu besar madu atau maple syrup
  • ½ pisang masak – dipotong atau dilenyek
  • 2 Sudu besar cip coklat

Cara-cara penyediaan:

  1. Campurkan kesemua bahan kedalam bekas dan gaul sebati
  2. Masukkan ke dalam bekas bertutup yang kedap udara.
  3. Tutup dan masukkan ke dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 4 jam sebelum di makan. Seeloknya disimpan semalaman.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *