Resepi Roti Pizza

Resepi Roti Pizza Meletopz Dan Mudah Disiapkan

Siapa yang tidak pernah kenal dengan makanan bernama Pizza? Mungkin ada yang tidak gemar, tetapi namanya pasti semua orang tahu. Kalau di negara kita ni Pizza Hut adalah jenama pizza yang paling popular. Makanan yang berasal dari Italy ni jadi kegilaan kerana cheese leleh yang menjadi trademark pizza sejak dulu lagi. Ada yang tanya saya, boleh ke buat sendiri pizza di rumah? Saya jawab boleh, tetapi agak rumit dan perlukan skill memasak yang tinggi kalau nak dapatkan rasa yang sama macam pizza yang kita makan di Pizza Hut tu. Tetapi kalau anda masih mahukan resepi pizza yang mampu anda sediakan sendiri di rumah tanpa memerlukan skill memasak yang tinggi, saya akan kongsi dengan anda resepi roti pizza.

Resepi yang saya maksudkan ini lebih kepada makanan ringan yang sangat mudah disediakan. Anda jangan keliru pula dengan nama resepi roti pizza tu. Saya sendiri pun agak keliru masa awal-awal dengar resepi ni. Ingatkan resepi untuk buat doh roti pizza, rupa-rupanya pizza yang dibuat menggunakan roti putih yang kita boleh beli dikedai runcit tu. Secara teknikalnya, memang roti pizza ni adalah sejenis pizza sebab semua perkara yang ada dalam sebiji pizza original ada dalam roti pizza ni. Perbezaan utama hanyalah bahagian menyediakan roti pizza itu sendiri yang kita dah langkau dengan menggunakan roti putih yang telah siap sedia. Kalau nak buat pizza yang original bahagian yang kena buat doh roti itulah yang paling lama sekali.

Untuk resepi roti pizza ni, saya rasa ianya lebih kepada kreativiti masing-masing sebab penyediaan topping pizza ni bergantung kepada citarasa anda sendiri. Anda boleh ubah bahan utama seperti yang telah saya senaraikan dengan apa jua bahan yang anda mahukan. Konsep roti pizza ini sama juga seperti makanan ringan yang lain seperti burger ataupun hot dog. Resepi yang saya kongsi dengan anda ini hanyalah asas untuk anda nampak cara pembuatannya. Selebihnya terpulang kepada citarasa dan kreativiti anda sendiri untuk ubah bahan-bahan yang saya beri. Seronok sebenarnya kalau anda jadikan aktiviti membuat roti pizza ni dengan anak-anak. Sambil-sambil kita sediakan makanan dapat juga eratkan hubungan kekeluargaan. Selamat mencuba!

Resepi Roti Pizza

Bahan-bahan:

  • Roti putih (apa-apa jenama)
  • Margerin
  • Tomato puri/sos spagheti
  • Cheddar cheese
  • Mozarella cheese
  • Sosej/Ayam/daging/udang (ikut citarasa masing-masing)
  • Cendawan butang
  • Lada banggala
  • Tomato ceri
  • Oregano
  • Daun Basil

Cara-caranya penyediaan:

  1. Sapukan loyang dengan sedikit margerin.
  2. Panaskan ketuhar dengan suhu 200 darjah celsius.
  3. Susun roti diatas loyang. Boleh renjiskan sedikit air untuk yang suka roti yang lembut. Kalau saya, lebih sukakan roti pizza yang sedikit berkerak diluarnya macam pizza yang sebenar.
  4. Kemudian sapu tomato puri ataupun sos spagheti pada roti.
  5. Letakkan kepingan cheddar cheese di atas roti.
  6. Susun bahan-bahan utama terlebih dahulu sama ada sosej, ayam, daging atau apa-apa bahan yang mengikut citarasa anda. Pastikan anda merebus terlebih dahulu bahan utama ini kerana pizza akan dibakar sekejap sahaja.
  7. Taburkan bahan-bahan sayuran seperti lada benggala, tomato ceri dan cendawan butang. Anda bebas untuk meletakkan apa sahaja sayuran yang anda suka.
  8. Yang terakhir sekali barulah taburkan mozarella cheese ke atas semua bahan-bahan tadi. Kalau yang gilakan cheese, boleh letak sebanyak mana yang anda mahukan.
  9. Masukkan loyang yang berisi pizza anda itu ke dalam ketuhar dan bakar selama 10-15 minit sahaja.
  10. Untuk tambahan, anda boleh taburkan serbuk oregano dan daun basil ke atas topping yang telah siap tadi. Barulah terasa ke-Italian-nya.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *