Resepi Sambal Nasi Lemak

Resepi Sambal Nasi Lemak Yang Mudah Dan Ringkas

Sebelum ini saya pernah kongsikan satu resepi nasi lemak bersama resepi sambal tumisnya sekali. Kali ini saya akan berkongsi hanya resepi sambal nasi lemak sahaja tetapi sambalnya agak berlainan berbanding sambal nasi lemak yang saya kongsi terdahulu. Kenapa yang ini lain pula????  Masakan itu tidak ada hitam dan putih. Sebagai seorang tukang masak, saya akan sentiasa mencari resepi-resepi baru walaupun untuk jenis masakan yang saya sudah tahu. Sebab setiap masakan itu pastinya mempunyai versi yang berbeza-beza mengikut tempat, orang sekeliling, dan tukang masak itu sendiri.

Anda tengok saja kalau resepi sambal nasi lemak yang anda pernah makan, semuanya ada rasanya yang tersendiri. Ada juga sahabat yang belajar memasak dengan saya komplen kenapa dia masak tak sama dengan saya masak walaupun mengikut resepi yang sama. Saya bagitahu dia, perkara pertama yang membezakannya adalah tukang masak itu sendiri adalah orang yang berlainan. Kedua, memasak itu adalah satu kombinasi antara bidang sains dan juga seni. Dah namanya pun sains, makanya semua perkara perlu diukur dan dilakukan dengan kuantiti yang tepat. Mungkin dapur memasak dirumah anda kepanasannya tidak sama dengan kepanasan dapur di rumah saya. Suhu memainkan peranan yang terpenting juga dalam menentukan rasa masakan. Selain itu, mungkin juga bahan-bahan yang digunakan tidak sama dari sudut jenamanya. Ada yang gunakan garam halus, ada yang suka guna garam kasar. Itu sahaja sudah cukup memberikan rasa yang berbeza dalam masakan masing-masing. Kemudian yang terakhir adalah seni dalam masakan itu. Yang ini memang tak dapat la nak tolong sebab setiap orang memang ada cara mereka tersendiri.

Cara untuk dapatkan kemahiran yang baik adalah dengan pengalaman. Sebab tu saya suka kongsi bermacam-macam idea resepi masakan untuk anda cuba, supaya skill memasak anda akan bertambah baik dari masa ke semasa jika anda mengamalkannya. Dah macam syarahan kelas memasak pula kali ni. Jadi jangan sia-siakan bebelan panjang lebar saya ni, anda cubalah pula resepi sambal nasi lemak yang saya kongsikan ini. Selamat mencuba!!!!!

Resepi Sambal Nasi Lemak

Bahan-bahan:

  • 250 gram ikan bilis
  • Minyak masak untuk menumis
  • 1 kiub gula kabung
  • Gula secukupnya
  • Sedikit Garam
  • 2 inci belacan bakar
  • 2 keping asam keping
  • 1 kiub pati ikan bilis
  • Sedikit aji no moto
  • 2 helai daun pandan – disimpul
  • 2 biji bawang besar – potong bulat

Bahan pes cilikering:

  • 1 kg bawang merah
  • 200 gram cili kering
  • 15 ulas bawang putih
  • Sedikit minyak masak

Cara-cara penyediaan pes cili kering:

  1. Rebus cili kering sehingga lembut. Biarkan sejuk dan toskan airnya sehingga kering.
  2. Masukkan sedikit minyak masak ke dalam mesin pengisar.
  3. Masukkan cili kering yang sudah direbus tadi. Masukkan juga bawang merah dan bawang putih. Potong kecil bawang merah terlebih dahulu supaya lebih mudah hancur.

Cara-cara penyediaan sambal:

  1. Panaskan minyak yang agak banyak sesuai dengan bahan yang hendak ditumis. Kacau dan tumis sampai bawang yang dikisar biar betul betul masak. Bila bawang masak, ia akan memberi bau wangi.
  2. Masukkan pes cili kering yang sudah dikisar. Perlahankan sedikit api kerana pes cili kering perlu dimasak agak lama. Sentiasa kacau supaya cili kering tidak hangit.
  3. Masukkan gula kabung dan gula putih. Kacau lagi sehingga sambal menggelegak dan keluar minyak. Sambal akan menjadi pekat dan bertukar warna merah pekat.
  4. Kemudian masukkan belacan dan boleh masukkan asam keping ketika ini, supaya rasanya lebih meresap. Masukkan daun pandan.
  5. Masukkan kiub ikan bilis. Kacau lagi.
  6. Masukkan bawang besar yang dihiris dan serbuk perasa.
  7. Bila kuah telah pekat, boleh tambahkan sedikit air. Masukkan sedikit garam dan sesuaikan rasa. Tambahkan apa apa rasa yang kurang.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *